Monday, August 1, 2011

Wajah yang dirindui....


Bila time nak puasa dan nak raya, beliaulah orang yang aku sangat nanti-nantikan di kaca televisyen. …… tak sabar nak tunggu pengumuman beliau. …Ramai berdoa "minta-minta lah esok diumumkan raya"..heheheh [ skrg tak lagi berperasaan begitu sbb nyer pengumuman raya tu sekadar syarat..dah mmg sama apa yang tertulis dlm kalender….]
Puasa 1432H / 2011..segalanya baru tiada lagi wajah familiar yang selama ini aku nantikan… Engku Ibrahim, [ beliau dah bersara pada 7 Januari 2011..huhuhu rupa-rupanya, sudah 22 tahun beliau berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja..patut ler seusia sejak aku mula berpuasa…..] …. jasa anda tidak akan kami lupakan. Suara anda, baju melayu anda yang cantik dan pelbagai warna bila keluar [ selalu teka warna baju beliau setiap tahun] di kaca televisyen akan sentiasa aku ingati…

BismillahirRahmanNirrahim...
Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh..
Bagi menyempurnakan titah perintah Seri paduka Baginda Yang Dipertuan Agong..
Setelah diperkenankan oleh Duli Yang Malah Mulia Raja..
Maka adalah dengan ini saya mengishtiharkan..
bahawa tarikh bagi mulanya Puasa bagi negeri seluruh Malaysia adalah ditetapkan..pada hari Isnin...

Tempat beliau digantikan oleh Datuk Syed Danial Syed Ahmad..jadi pada yang tak tgk pengumuman malam tadi….inilah orang nyer…


 amacam???...feel sama tak masa Datuk Engku buat pengumuman??




p/s:..biasa laaa amik masa sikit la...nk sesuaikan dgn orang baru !!



5 Tips Lupakan Dia yg Pernah Kita Sayang…

5 Tips Lupakan Dia yg Pernah Kita Sayang

P/s : ...tips-tips tu mmg betul..tp MASA yang akan menentukan segalanyer...

Encik Jodoh bin Takdir

Surat Tidak Rasmi Untuk Awak.

ENCIK JODOH BIN TAKDIR
No:26, Jalan Hati-hati,
Taman Kembang Kuncup,
Negara Temu Jodoh.

17 Julai 2011.

Salam awak,
Malam ini saya tak dapat tido. Cik Lena saya taktahu pergi ke mana. Jadi apa salahnya saya tuliskan surat ini untuk awak. Walaupun saya tak tahu sama ada perlu saya layangkan surat ini pada awan biru ataupun layarkan ke lautan biru dengan harapan satu hari isinya sampai kepada awak. Saya maklum awak takkan baca tapi saya degil juga untuk menulis.

Awak, ini mengenai soal hati. Soal perasaan. Saya taktahu bagaimana nak mulakan, tapi yang pasti pengakhirannya saya mahu hidup saya di hari tua nanti bersama awak. Ada wajah awak. Ada tawa awak. Ada usikan awak. Ada ‘gila-gila’ awak. Pasti bahagia nanti kan? Andai memang awak yang bisa merubah senyum koyak ini kepada senyum bahagia kenapa tidak?
Seabad lamanya, saya simpulkan senyap-senyap isi hati saya. Saya tak terlalu kesah seperti sekarang ini.Saya tak perlu serunsing seperti sekarang ini. Untuk sesuatu yang tak pernah saya fikirkan, akhirnya menjadi agenda utama otak saya. Untuk sesuatu yang saya tak pernah perasan selama ni rupa-rupanya berada di depan mata saya. Sesuatu itu adalah awak. Gila tapi cukup indah.

Bila awak ke utara, dan saya ke selatan, saya pening kadangkala. Mungkin ini namanya suatu proses pemahaman. Saya harap suatu hari nanti kita sama-sama dapat berada di timur melihat matahari terbit. Saya pasti masa itu kita sudah selari.
Harapan saya, moga awak melihat perkara ini dengan betul-betul serius. Jangan jadikan kata-kata awak hanya gula getah yang dicampak ke longkang. Nanti pencemaran alam.
Semoga Allah memberkati dan meredhai kita berdua.

Oleh itu saya simpulkan dalam 3 patah kata, saya sayang awak.


Yang benar,
Tulang rusuk awak sebelah lagi.




Sumber: Encik Jodoh bin Takdir

Saturday, July 30, 2011

Wanita dan Lelaki : Saling Memerlukan???

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.
Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.
Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah…

 Sumber: Tentangcinta.com

Thursday, July 28, 2011

luahan rasa..!!!!

Dalam usia sebegini…dah letih nk menjawab..Ehh maaf yer..nak tanya..kenapa yer tak kahwin lagi????....Wahh wahh dia ingat nk kawen tu macam g Jusco pilih kasut ke???..kasut pun kiter pilih bagai nk rak..cuba dari satu ke satu mencari kesesuaian kann???? Nikan pula teman sekatil sebantal…aku ske tdo atas lengan..wahhh statement hahaha serumah…sebelum tido..bangun tdo nk mengadap muka tu juga…bukan memilih..tidak sama sekali…Cuma mencari yang sesuai….Aku ni perempuan..kalau aku suka kat sesorang pun..boleh buat ape..takkan nk g meminang dia…
Walaupun Nisbah perempuan dengan lelaki masa kini adalah 37 nisbah 1…. Wah, satu angka yang agak mengejutkan bagi aku alaaa yang dalam Filem 3, 2, 1 CINTA tu….jadi aku rasa perempuan tak perlu lagi berpegang dengan istilah perigi mencari timba….…isshhh malu ler…..Sepatutnya sekarang siapa cepat dia yang dapat. Bayangkan 37 orang perempuan nak berebut sorang lelaki…hahhahaa..boleh camtu???...tapi kalau aku laaaa..kalau takde yang meminang..aku redho jer…
 CINTA hadir tanpa dipaksa..bagi aku..aku suka untuk berkawan dahulu tanpa ada sebarang niat tersembunyi…sampai satu saat ..Ehhh bila pulak aku rasa rindu kat dia??..nape rasa macam lain jer??...wahhh heheheh….jadi perasaan itu hadir tanpa ada apa2 paksaan…begitu juga ..aku mmg tak suka nk dipasang-pasangkan…kalau nk buat jugak..jgn inform aku ok..hahahha nnt mmg aku akan halang hati aku untuk tidak jatuh cinta..Wahh boleh ke camtu…tak boleh kot tapi mmg tak suka la nk dijodoh-jodohkan ni…kalau rasa camtu ..jatuh dalam kategori memilihke???? Takkan???
Penat bercinta nih…jatuh cinta sangat senang..semudah ABC ..yeke?? TAPI untuk menjaga dan mempertahankan satu perhubungan tu adoiyaiiiiiii…orang yang bercinta saja tahu…ke aku sorang jer rasa cam tu???..huhuh

Masa bercinta dulu..huhu dulu pernah…aku rasa aku dah beri 110% komitmen kepada hubungan aku…wahh terlebih kot sbb tu langsung tak jadi hehehe aku beri kebebasan..kepercayaan.. sampaikan setiap apa yang aku nk lakukan semuanya aku fikirkan pasangan aku dulu…wahhh macam la konfem dia husband aku kan…tapi that’s the fact n the truth..wahh omputih gitu hehehe….tapi kebebasan dan kepercayaan aku di robek ..wahhh lagi..hahaha ..dan untuk pengetahuan ..bukan mudah nk kembalikan kepercayaan jika telah dikhianati….sangat susah walaupun bersumpah mcm mana pun..tetap akan ada percentage untuk kita tidak percaya…
JADI..kepercayaan amatlah dan sesuatu yang sangat wajib ada dalam sesuatu perhubungan…dan jangan sesekali menipu!!!...dulu XYZ aku cakap ..dia tipu aku sbb nk jaga hati dan perasaan aku…bukan dia jer yg cakap mcm tu ..ada a few of my friends pun cakap camtu….BETULKAH WAHAI LELAKI???...tipu sbb nk jaga perasaan??...aku rasa sakit disebabkan rasa tertipu itu jauh lebih dahsyat dan sakit berbanding mengetahui perkara sebenar…at least that’s what I feel….

Lagi satu…Perbezaan Jauh Jarak Umur Bukan Penghalang Untuk Bahagia..begitulah link artikel yang diberikan kepada aku..terima kasih atas keperihatinan …hmmm ya, aku setuju..umur bukan alasan..TETAPI selalunya dan lazimnya pasangan lelaki lebih tua dari yang perempuan..kalau sebaliknya pasti sedikit aneh..tapi tidak mustahil..kerana bagi aku, sesiapa sahaja layak untuk dicinta dan mencintai…SELAGI dia tahu menghargainya!!!
Hmm  mesti korang tertanya-tanya..nape la si budak chomel ini menulis perkara2 seperti ini…adakah dia sudah jpe Mr Right??…adakah dia suka kan seseorang….adakah dia dah nk kawen…atau adakah dia sudah mereng hahahahah…atau sekadar luahan perasaan…hahahahah Ikut korang la nk pilih ape…jawapan subjektif kepada individu yang melihat dari segi aspek yang mana..hahaha


Tapi yang sebetulnya..tetiba terasa seperti menyanyi lagu ini..

ucapkanlah kasih satu kata yang kunantikan
sebab ku tak mampu membaca matamu
mendengar bisikmu

nyanyikanlah kasih senandung kata hatimu
sebab ku tak sanggup mengartikan getar ini
sebab ku meragu pada dirimu

mengapa berat ungkapkan cinta
padahal ia ada
dalam rinai hujan
dalam terang bulan
juga dalam sedu sedan

mengapa sulit mengaku cinta
padahal ia terasa
dalam rindu dendam
hening malam cinta terasa ada

nyanyikanlah kasih senandung kata hatimu
sebab ku tak sanggup mengartikan getar ini
sebab ku meragu pada dirimu

mengapa berat ungkapkan cinta
padahal ia ada
dalam rinai hujan
dalam terang bulan
juga dalam sedu sedan

mengapa sulit mengaku cinta
padahal ia terasa
dalam rindu dendam
hening malam cinta terasa ada

mengapa berat ungkapkan cinta
padahal ia ada
dalam rinai hujan
dalam terang bulan
juga dalam sedu sedan

mengapa sulit mengaku cinta
padahal ia terasa
dalam rindu dendam
hening malam cinta terasa ada

mengapa sulit mengaku cinta
padahal ia terasa
dalam rindu dendam
hening malam cinta terasa ada

Wahhh …mesti timbul macam2 kontroversi kan kalau korang baca blog aku ni kannn..hahhaha I like….well…well …well… im just an ordinary girl who has feeling also..huhuhuh JADI…perlukan aku mencari future husband??..kerana 37 : 1 ????? hahahahahahhaha


Wednesday, July 27, 2011

Menanti Sebuah Jawapan

Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu
Seiring jejak kakiku bergetar
Aku tlah terpaku oleh cintamu
Menelusup hariku dengan harapan
Namun kau masih terdiam membisu

Sepenuhnya aku...ingin memelukmu
Mendekap penuh harapan...tuk mencintaimu
Setulusnya aku...akan terus menunggu
Menanti sebuah jawaban tuk memilikimu

Betapa pilunya rindu menusuk jiwaku
Semoga kau tau isi hatiku...
Dan seiring waktu yang terus berputar
Aku masih terhanyut dalam mimpiku

Aku tak bisa luluhkan hatimu
Dan aku tak bisa menyentuh cintamu

Saturday, July 16, 2011

Falling In Love Again????

is that true...two is better than one...???
is that true...true love will last???

aarrghhhhh im so afraid to fall in love again....

part of me wants to be loved again...
part of me says you;ll be hurt again...

aarrgghhhhh do u believe in love?
can we be happy for the rest of our life is we meet the right person???

aarrgggghhh !!!!!!!!!