Saturday, August 6, 2011

Shud I Stay or Shud I Go???

SAYA RASA CAM NK BALIK KAMPUNG....bukan balik bercuti..BACK FOR GOOD...??? maybe its time for me to move on..searcing new life n new environment...REALLY...ive been done a lot of thinking on this matter...BUT for what reason..i also dont know..I DONT DARE to take the decision ...huhuhu 


YA Allah...berikan petunjuk kepada ku agar aku dapat membuat keputusan..agar aku tidak tersalah langkah...agar segalanya di berkati oleh MU...

there's a few strong reason tht always lead me to keep thinking shud i BACK FOR GOOD...

i) i dont have anybody here..
    (my bro's n sister have their own life..takkan nk kacau  
    selalu...all MY BFF are married ...beside my officemates , i 
    dont have anybody...)
ii) cost of living..
     ( huuuhhh so high..i dont have savings...my salary ahhh 
     bukan tak bersyukur BUT ..hurmmm siapa yang bekerja di 
     Lembah Klang shud understand what i feel)
iii) my parents...
      diorang tinggal berdua jer at my hometown...when i 
     thinking of this..it be my strongest point!!!!!

THEN...what shud i do???

shud i stay or shud i go................!

Thursday, August 4, 2011

Can I prevent myself from falling in love???

HELLPPPP!!!..really need help on this...can i prevent myself?? i tried to think what r the excuses n reasons to help me not to fall in love right now...but i couldn't think ..even for ONE reason..of course the good one..reason that will not make me regret in the future..for this time..this time i have to be very very carefull...i dont want to be hurt again..ITS REALLY HURTS..i know i couldn't predict what will happen in the future. . YA ALLAH..if he's the ONE for me..please show us the way..IF NOT please make this feeling go away...

HELLLOOOOOOO


see tht face...same here..m really PISSED OFF!!!!.. astagfirullahalazim…kurus puasa aku…sumtimes ppl just don’t care ‘bout others……. u just wanna test my level of patience rite…hhhhaaaaahhhhhhh really pissed!! ..u really hv bad attitude n wht is worse u don’t even realize it!!! U always complaining…u hv lots of work..when I asked u said I wouldn’t understand..when I asked u to tell me so tht I can understand, u refused..u said I wouldn’t understand…WTH!!!...u don’t even try to explained to me!!!!! HELLLOOOOO im trying to help u with your  work..don’t u get it???? For your information..i think for past 8 month back u said u hd backdated work n u wanna assistant to help u..u already get it..n for the current situation, there’s not much work for your department..SO WHY STILL HAVE WORK PENDING, PEOPLE ALWAYS COMPLAINT HOW LATE U PROCESS THE DOCUMENT n I don’t get my database yet!!!! NOW tell me what actually your problem is???

Monday, August 1, 2011

Wajah yang dirindui....


Bila time nak puasa dan nak raya, beliaulah orang yang aku sangat nanti-nantikan di kaca televisyen. …… tak sabar nak tunggu pengumuman beliau. …Ramai berdoa "minta-minta lah esok diumumkan raya"..heheheh [ skrg tak lagi berperasaan begitu sbb nyer pengumuman raya tu sekadar syarat..dah mmg sama apa yang tertulis dlm kalender….]
Puasa 1432H / 2011..segalanya baru tiada lagi wajah familiar yang selama ini aku nantikan… Engku Ibrahim, [ beliau dah bersara pada 7 Januari 2011..huhuhu rupa-rupanya, sudah 22 tahun beliau berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja..patut ler seusia sejak aku mula berpuasa…..] …. jasa anda tidak akan kami lupakan. Suara anda, baju melayu anda yang cantik dan pelbagai warna bila keluar [ selalu teka warna baju beliau setiap tahun] di kaca televisyen akan sentiasa aku ingati…

BismillahirRahmanNirrahim...
Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh..
Bagi menyempurnakan titah perintah Seri paduka Baginda Yang Dipertuan Agong..
Setelah diperkenankan oleh Duli Yang Malah Mulia Raja..
Maka adalah dengan ini saya mengishtiharkan..
bahawa tarikh bagi mulanya Puasa bagi negeri seluruh Malaysia adalah ditetapkan..pada hari Isnin...

Tempat beliau digantikan oleh Datuk Syed Danial Syed Ahmad..jadi pada yang tak tgk pengumuman malam tadi….inilah orang nyer…


 amacam???...feel sama tak masa Datuk Engku buat pengumuman??




p/s:..biasa laaa amik masa sikit la...nk sesuaikan dgn orang baru !!



5 Tips Lupakan Dia yg Pernah Kita Sayang…

5 Tips Lupakan Dia yg Pernah Kita Sayang

P/s : ...tips-tips tu mmg betul..tp MASA yang akan menentukan segalanyer...

Encik Jodoh bin Takdir

Surat Tidak Rasmi Untuk Awak.

ENCIK JODOH BIN TAKDIR
No:26, Jalan Hati-hati,
Taman Kembang Kuncup,
Negara Temu Jodoh.

17 Julai 2011.

Salam awak,
Malam ini saya tak dapat tido. Cik Lena saya taktahu pergi ke mana. Jadi apa salahnya saya tuliskan surat ini untuk awak. Walaupun saya tak tahu sama ada perlu saya layangkan surat ini pada awan biru ataupun layarkan ke lautan biru dengan harapan satu hari isinya sampai kepada awak. Saya maklum awak takkan baca tapi saya degil juga untuk menulis.

Awak, ini mengenai soal hati. Soal perasaan. Saya taktahu bagaimana nak mulakan, tapi yang pasti pengakhirannya saya mahu hidup saya di hari tua nanti bersama awak. Ada wajah awak. Ada tawa awak. Ada usikan awak. Ada ‘gila-gila’ awak. Pasti bahagia nanti kan? Andai memang awak yang bisa merubah senyum koyak ini kepada senyum bahagia kenapa tidak?
Seabad lamanya, saya simpulkan senyap-senyap isi hati saya. Saya tak terlalu kesah seperti sekarang ini.Saya tak perlu serunsing seperti sekarang ini. Untuk sesuatu yang tak pernah saya fikirkan, akhirnya menjadi agenda utama otak saya. Untuk sesuatu yang saya tak pernah perasan selama ni rupa-rupanya berada di depan mata saya. Sesuatu itu adalah awak. Gila tapi cukup indah.

Bila awak ke utara, dan saya ke selatan, saya pening kadangkala. Mungkin ini namanya suatu proses pemahaman. Saya harap suatu hari nanti kita sama-sama dapat berada di timur melihat matahari terbit. Saya pasti masa itu kita sudah selari.
Harapan saya, moga awak melihat perkara ini dengan betul-betul serius. Jangan jadikan kata-kata awak hanya gula getah yang dicampak ke longkang. Nanti pencemaran alam.
Semoga Allah memberkati dan meredhai kita berdua.

Oleh itu saya simpulkan dalam 3 patah kata, saya sayang awak.


Yang benar,
Tulang rusuk awak sebelah lagi.




Sumber: Encik Jodoh bin Takdir

Saturday, July 30, 2011

Wanita dan Lelaki : Saling Memerlukan???

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.
Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.
Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah…

 Sumber: Tentangcinta.com